MELAKA: Polis menumpaskan operasi pusat panggilan yang menjalankan sindiket tawaran kerja sambilan tidak wujud di sebuah rumah banglo di Ayer Keroh di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata 17 individu termasuk penyelia pusat panggilan yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dalam serbuan pada 12.23 tengah malam itu.
Beliau berkata sindiket yang menyasarkan warga Britain sebagai mangsa dengan menawarkan kerja sambilan tidak wujud menerusi laman sesawang https://thesapbusiness-uk.com/#/ itu dipercayai telah beroperasi di premis mewah terlibat sejak September lepas.
"Ketika serbuan dilakukan kesemua suspek terdiri daripada 13 lelaki dan satu wanita warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berusia 17 hingga 40 tahun sedang mengendalikan operasi pusat panggilan berkenaan.
Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan ialah menggunakan nombor telefon pra-bayar dari Britain untuk menghantar pesanan ringkas secara rambang ke semua nombor telefon rakyat negara itu dengan tujuan memperdaya mereka dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Md Nazri Nawawi dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit.
Zainol berkata sindiket berkenaan akan berkomunikasi dengan mangsa menerusi aplikasi Telegram dan WhatsApp berdasarkan skrip dalam Bahasa Inggeris yang telah disediakan serta mangsa perlu mendaftar di laman sesawang berkenaan sebelum ditawarkan dengan pekerjaan memberi "rating" yang baik pada laman sesawang palsu yang diberikan oleh sindiket itu.
Beliau berkata komisen sebanyak 0.35 USDT bagi setiap "rating" yang diberi oleh mangsa dan segala transaksi tersebut menggunakan mata wang kripto (USDT) yang dikawal ketua sindiket terbabit.
"Mangsa yang berminat untuk meneruskan tugas tersebut dikehendaki memasukkan sejumlah wang bagi mendapatkan komisen yang dijanjikan sebelum menyedari terpedaya dengan penipuan itu apabila tidak memperoleh komisen yang sepatutnya.
Selain itu, siasatan juga mendapati kesemua 17 suspek yang ditahan dibayar gaji sebanyak RM4,000 seorang sebulan tidak termasuk komisen sebanyak 10 peratus daripada jumlah wang yang diperoleh daripada mangsa," katanya.
Beliau berkata siasatan awal turut mendapati lima daripada 17 suspek berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kes penipuan dan semua mereka direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 kerana menipu dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana melakukan pakat jahat jenayah.
Katanya sindiket berkenaan dipercayai merupakan rangkaian sindiket penipuan dalam talian yang ditumpaskan Jabatan Imigresen di Langkawi, Kedah pada awal tahun ini.
Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 18 set komputer, 60 unit telefon bimbit dan dua kenderaan bernilai lebih RM100,000.
Dalam pada itu, beliau berkata Polis Kontinjen Melaka menerima sebanyak 198 kes melibatkan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud di negeri ini dalam tempoh 1 Jan hingga semalam melibatkan nilai kerugian sebanyak RM3.98 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Zainol memberitahu, 17 individu termasuk penyelia pusat panggilan yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dalam serbuan. - Gambar fail
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Perintah Kawalan Pergerakan: Perkhidmatan Talian Kasih 15999 beroperasi semula - Rina Harun
Datuk Seri Rina Harun berkata Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019 2615999 akan terus beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Pusat panggilan judi dalam talian libatkan pertaruhan lebih RM3 juta lumpuh
Polis berjaya menahan 21 lelaki dan empat wanita warganegara China berusia dalam lingkungan 20 dan 40 tahun.